Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang

Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang

Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang

Timbalan Ketua Polis Negara, DS Ayob Khan, telah menegaskan pihak polis sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 25 individu yang terlibat dalam Himpunan Selamatkan Malaysia.

Menurut Ayob Khan, kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Awam 2012.

Di samping itu, mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 4(2)(b) kerana mengadakan perhimpunan larangan di masjid.



Dan Seksyen 4(2)(d)(e) kerana membawa kanak-kanak  menyertai perhimpunan.

Tidak mustahil, setelah keterangan diambil dan soal siasat dilakukan oleh pihak polis, angka 25 itu akan meningkat.

Kesemua mereka yang bakal didakwa, akan berhadapan dengan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika disabitkan kesalahan.

Penganjur Menghilangkan Diri Di Hari Perhimpunan

Apa yang menarik perhatian penulis adalah di manakah perginya pemimpin (kalau layak dipanggil pemimpin) yang mencetuskan idea perhimpunan tersebut.



Idea untuk mengadakan perhimpunan tersebut katanya datang dari Ketua Pemuda Perikatan Nazional/PAS, Fadhli Shaari.

Dan individu kedua yang dikatakan terlibat sama sebagai ‘mater mind’ perhimpunan tersebut adalah Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fahysal.

Namun kelibat kedua-dua mereka tidak kelihatan langsung sepanjang perhimpunan tersebut diadakan.

Ke manakah menghilangnya mereka berdua?



Fadhli dikatakan kononnya mempunyai temujanji dengan doktor pada hari tersebut.

Namun begitu, Fadhli dikatakan mengarahkan agar perhimpunan itu diteruskan tanpa beliau.

Agak pelik, secara tiba-tiba, beliau mempunyai temujanji dengan doktor.

Apakah tidak boleh ditangguhkan temujanji tersebut dan doktor manakah yang secara tiba-tiba menghubungi beliau untuk diberikan rawatan pada hari Malaysia?



Mungkinkah beliau mengalami sakit kronik dan berada ditahap kritikal sehingga temujanji tersebut tidak boleh ditangguhkan?

Manakala Wan Fahysal pula langsung tidak dapat dikesan.

Adakah kedua-dua mereka cuba memberi gambaran bahawa mereka tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut bila mengetahui pihak polis akan bertindak tegas?

Pemimpin Lari, Pengikut Di Biarkan Sendiri

Bagaimana dengan nasib mereka yang akan disoal siasat dan mungkin akan didakwa?



Apakah mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan anak isteri mereka selama mereka ditahan?

Di manakah mereka akan dapatkan duit sebanyak RM10,000 untuk membayar denda?

Sekiranya tidak mampu dibayar denda, sudah pasti mereka akan dipenjarakan.

Siapa pula yang akan menanggung perbelanjaan harian anak dan isteri mereka.



Sungguh, penulis merasa simpati dengan mereka.

Tetapi itulah pilihan mereka.

Mereka dimomokkan dengan perjuangan agama dan bangsa.

Tetapi apabila dikenakan tindakan, mereka terpaksa hadapinya sendiri, manakala pemimpin mereka tetap hidup senang lenang.

Sampai bila kita mahu terus ditunggang oleh pemimpin bacul sebegitu?

 

Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button