Rafizi ketinggalan di Pandan [TAK RASMI]

Kuala Lumpur: Calon Perikatan Nasional, Muhammad Farique Zubir Albak mendahului dengan 764 undian dengan majoriti 69 undian, diikuti Rafizi Ramli (Pakatan Harapan) dengan 695 undian bagi kerusi Parlimen Pandan setakat jam 7.48 malam tadi.

Ia diikuti rapat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Leong Kok Wee sebanyak 332 undi manakala Tan Sri Ong Tee Keat (Warisan) sebanyak 32 undian.

Sementara Nadia Hanafiah (Pejuang) sebanyak 16 undi. Setakat ini penjumlahan undi sedang berlangsung di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 di Dewan Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ).



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button