Nvidia Gaming Catat Penurunan Hasil Sehingga 51%

Untuk tempoh suku ke-3 yang berakhir pada 30 Oktober 2022, pendapatan Nvidia Gaming dilaporkan hanya mencapai sebanyak USD1.57 bilion (~RM7.15 bilion) sahaja.

Ia berbeza berbanding tahun lalu di mana Nvidia Gaming mencatatkan hasil sebanyak USD3.2 bilion (~RM14.57 bilion).

Ini berlaku selepas Nvidia mengurangkan jumlah kad grafik yang dijualnya kepada peruncit untuk mengurangkan keadaan lebihan bekalan yang dihadapi oleh pasaran GPU.



Faktor lain di sebalik permintaan yang jatuh juga adalah kemerosotan perlombongan mata wang kripto. Pada bulan September lepas, Ethereum menamatkan perlombongan berasaskan GPU yang merupakan pemacu penting jualan kad grafik Nvidia sejak dua tahun lalu.

Dalam tempoh fiskal suku ke-3, Nvidia telah melancarkan kad grafik terbaru mereka iaitu GeForce RTX 4090 yang telah habis dijual walaupun harganya tinggi.

Namun begitu, produk itu masih gagal untuk menyokong pendapatan Nvidia Gaming untuk suku tersebut.

Nvidia Gaming



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button