JFKL anjur Pertandingan Rekaan Furoshiki ‘Malaysia+Jepun’

JFKL anjur Pertandingan Rekaan Furoshiki ‘Malaysia+Jepun’

02/02/2021 06:32 PM

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Yayasan Jepun Kuala Lumpur (JFKL) mempelawa penuntut seni dan reka bentuk di Malaysia menyertai “Pertandingan Rekaan Furoshiki” yang julung kali diadakan.

Bertemakan “Malaysia + Jepun”, pertandingan bertujuan mencungkil dan menampilkan bakat baharu yang kreatif di Malaysia melalui rekaan furoshiki menggabungkan pelbagai elemen budaya kedua-dua negara.

Furoshiki kain empat segi digunakan secara tradisional di Jepun untuk membawa, menyimpan, atau membungkus objek. Ia digunakan untuk membungkus barang-barang pelbagai bentuk dan ukuran termasuk kotak, botol, alat muzik, bakul dan lain-lain selain dijadikan beg.



Seiring peredaran zaman, penggunaan dan populariti furoshiki kian terpinggir apabila pusat beli-belah dan pasar raya mula menyediakan beg kertas dan plastik kepada pelanggan.

Namun, ia kembali meraih populariti kerana sifatnya yang mesra alam dan membantu mengurangkan penggunaan plastik.

Pertandingan telah bermula hingga 28 Februari dan terbuka kepada penuntut seni dan reka bentuk berumur 18 tahun ke atas dari universiti awam atau swasta, kolej, vokasional, atau institusi pendidikan lain di Malaysia, menurut satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu pemenang pertama, kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM2,500, RM2,000 dan RM1,500 serta sijil.



Juri pertandingan terdiri Timbalan Dekan First City University College, Penolong Profesor Dr Debbie Gan Siew Siew, Pengasas dan Pengarah Kreatif Gahara, Nik Faiz Nik Amin, dan Usahawan Seni & Kreatif, Nini Marini.

Maklumat lanjut, syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh didapati di www.jfkl.org.my/furoshiki-designcontest/.

AFC tangguh pertandingan dalam bulan Mei dan Jun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker