Hjulmand kecewa Denmark seri
Al Rayyan, Qatar: Jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand kecewa selepas skuadnya hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Tunisia dalam aksi Kumpulan D di Piala Dunia semalam.
Pertahanan Tunisia tidak memberikan banyak ruang kepada jentera tengah Denmark dengan peluang terbaik dimiliki menerusi tandukan Andreas Cornelius yang sedikit tersasar.
“Ya, kami tidak berpuas hati terutamanya pada babak pertama dan cara kami bermula tapi ia boleh menjadi OK jika kami dapat jaringkan gol pada lewat permainan,” kata Hjulmand kepada wartawan.
“Anda menekan mereka dan cuba jaringkan gol tetapi kami gagal. Ia bukan mengenai sistem, ia lebih kepada kemampuan memegang bola. Kami beraksi terlalu perlahan dan itu masalahnya.”
Denmark berdepan juara dunia, Perancis yang mereka tewaskan dua kali dalam aksi Liga Negara-Negara dalam perlawanan seterusnya Sabtu ini.
“Sudah tentu kami mahu menang perlawanan ini kerana ia boleh membantu kami tetapi kini tampaknya mungkin sukar,” kata Hjulmand.
“Namun semuanya belum beraksi. Kami dapat satu mata dan ada dua lagi aksi besar menunggu.”
Reuters