Kekalahan kepada Arab Saudi sangat mengejutkan

LUSAIL CITY, QATAR – NOVEMBER 22: Lionel Messi of Argentina scores a goal from the penalty spot during the FIFA World Cup Qatar 2022 Group C match between Argentina and Saudi Arabia at Lusail Stadium on November 22, 2022 in Lusail City, Qatar. (Photo by Pawel Andrachiewicz/PressFocus/MB Media/Getty Images)

Doha: Kekalahan mengejutkan Argentina kepada Arab Saudi adalah tamparan yang sangat hebat, namun pemain penyerang Lionel Messi yakin juara Amerika Selatan itu akan kembali bangkit dalam perlawanan seterusnya.

“Tewas kepada Arab Saudi sangat mengecewakan, tetapi kami harus bangkit dan meneruskan saingan seterusnya yakin pada diri sendiri.

“Kami tidak akan menyerah kalah, kami akan cuba menewaskan Mexico,” kata Messi selepas Argentina tewas 1-2 dalam saingan Kumpulan C.

Messi meletakkan Argentina di depan 10 minit permainan berlangsung menerusi penalti pada aksi di Stadium Lusail, namun jaringan babak kedua oleh Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari membantu Arab Saudi melakukan kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia.



Nasib Argentina mungkin berubah jika tiga gol pada babak pertama tidak dinafikan kerana ofsaid, sekali gus berpotensi memungut tiga mata pada perlawanan itu.

Pada babak kedua, skuad kendalian Lionel Scaloni gagal memecah kebuntuan jaringan ketika lawan beraksi baik di barisan pertahanan bagi mengekang asakan lawan.

“Kami tahu Arab Saudi memiliki pemain yang bagus, berjaya mengawal bola dengan baik dan memberi tekanan kuat bagi pasukan kami,” kata Messi.

“Kami cuba menyaingi namun agak sedikit gopoh. Tiada alasan, kami harus lebih bersatu daripada sebelum ini. Pasukan ini mempunyai kekuatan dan berjaya mempamerkannya sebelum ini. Kami tidak mengalami situasi seperti ini sejak sekian lama, sekarang kami harus membuktikan kemampuan sebenar pasukan.” katanya.



Skuad Albiceleste mempunyai baki dua perlawanan Kumpulan C menentang Mexico pada Sabtu dan diikuti Poland pada Rabu depan untuk menghidupkan peluang memburu gelaran dunia buat kali ketiga.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button