Lelaki warga emas maut, kereta dipandu langgar pokok

MIRI: Lelaki warga emas maut selepas kereta dipandu melanggar pokok di hadapan Food Court Pujut 7, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Chew Tze Lim, 67.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 12.09 tengah malam.



“Setiba di lokasi, kami dapati ada kemalangan kendiri sebuah kenderaan Proton Saga BLM melanggar sebatang pokok.

“Terdapat seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan tidak tersepit.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa di bahagian pemandu sehingga berjaya dengan menggunakan peralatan khas pengusung.



“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan selanjutnya dan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir di lokasi,” katanya.

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading