Tok Ti Kongsi Gambar Anak Kenyit Mata Pun Buat Ramai Teruja!

“Tak Sabar Tunggu Afwa Pandai Bercakap”

Tok Ti Kongsi Gambar Anak Kenyit Mata Pun Buat Ramai Teruja!

Tok Ti Kongsi Gambar Anak Kenyit Mata Pun Buat Ramai Teruja!

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi foto anak lelakinya, Muhammad Afwa yang mengenyit mata sambil tersenyum gembira.

Foto tersebut dimuat naik penyanyi nombor satu negara itu di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

“Sekali dia kenyit mata lah,” tulis Siti ringkas sebagai kapsyen di perkongsian bersifat santai itu.

Netizen Teruja

Seperti yang dijangka, tentunya ruangan komen dihujani dengan keterujaan para peminat Siti yang memuji kecomelan Afwa.



Malah, ada juga yang tidak sabar menunggu Afwa bertutur kerana menjangkakan bayi comel itu akan petah seperti kakaknya, Siti Aafiyah.

“Tak sabar tunggu Afwa pandai bercakap, mesti petah macam Aafiyah..paling ditunggu, nak Afwa sebut Siti Nurhaliza.

“Wow, untuk pertama kalinya.

“Eh! Comel Afwa.

“Comelnya,” antara komen netizen.

 

Sekadar info, Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

SEKITAR MAJLIS AQIQAH, MAULID & TAHNIK ANAK KEDUA SITI NURHALIZA

Tok Ti Kongsi Gambar Anak Kenyit Mata Pun Buat Ramai Teruja!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?


 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker