Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib

Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib

Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib

Prof. Emeratus Datuk Dr. Teo Kok Seong mempersoalkan komitmen pemimpin UMNO yang telah menjadi kerajaan dan mempunyai kuasa untuk membebaskan DS Najib.

Apakah sebenarnya yang menghalang mereka dari membebaskan DS Najib?

“Mereka boleh sahaja membuat tindakan (membebaskan DS Najib), kerana mereka berkuasa”.



“Ada cara untuk membebaskan DS Najib dari penjara untuk berperanan yang mulia demi negara dan untuk menstabilkan politik negara”.

“Semua di tangan mereka”.

“Adakah mereka mahu menggunakan sifir sedemikian iaitu untuk DS Najib berperanan besar dalam kestabilan politik negara ini?”.

“Kalau mereka mahu dan ikhlas perkara ini boleh terjadi pun sebab kuasa itu boleh mengadakan benda yang tidak ada dan meniadakan benda yang ada”.



“Itu hakikatnya kuasa,” tegas Teo Kok Seong.

Menurut beliau, DS Najib boleh memainkan peranan sebagai seorang negarawan dengan membantu mengukuhkan ekonomi dan menstabilkan politik negara.

Tambah beliau, DS Najib telah membuktikan keupayaannya dalam bidang ekonomi ketika mentadbir negara.

Beliau berkata, DS Najib seorang sarjana muda dalam bidang ekonomi.



Selain daripada menerima nasihat pakar ekonomi beliau sendiri ada pengetahuan ekonomi.

Ini yang membezakan DS Najib dari perdana menteri yang lain.

“PM lain tak ada pengetahuan sedalam beliau”.

“Seperti Anwar Ibrahim berpendidikan ijazah Pengajian Melayu”.



“Muhyiddin pula berpendidikan ijazah Pengajian Melayu Islam”.

“Ismail Sabri pula berpendidikan ijazah dalam Undang Undang”.

“Mereka lebih menerima nasihat-nasihat daripada pakar ekonom”i.

“Mereka sendiri tak ada ilmu”.



“DS Najib ada ilmu”.

“Dia sendiri boleh mencetuskan idea tanpa diberitahu oleh penasihat,” jelas beliau.

Membantu Kestabilan Politik

Mengenai kestabilan politik, Kok Seong berkata:

“DS Najib mampu memainkan peranan untuk memperkuatkan semula UMNO sekiranya dibebaskan daripada penjara”.



“Beliau juga mampu untuk membina semula UMNO secara perlahan-lahan hingga menjadikan parti itu hebat semula”.

“DS Najib masih mempunyai aura untuk menarik semula sokongan orang Melayu yang kini dilihat beralih kepada Perikatan Nasional”.

“DS Najib mampu menjadi perantara dalam meneutralkan DAP dan PKR di mata orang Melayu”.

“Kedua-dua parti tersebut dilihat menjadi halangan untuk majoriti orang Melayu menyokong Kerajaan Perpaduan,”.

Beliau akui DS Najib pasti akan berhadapan kesukaran menarik orang Melayu untuk menyokong kerajaan yang didalamnya ada PH.

Tetapi beliau yakin formula pembebasan Najib boleh membantu menstabilkan sokongan orang Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.

Penulis berpendapat, sekiranya sebelum ini kehadiran pilihanraya negeri dijadikan alasan untuk menangguhkan usaha pembebasan DS Najib.

Kini pilihanraya negeri sudah berlalu.

Apa lagi alasan pemimpin UMNO yang kini berada di Putrajaya untuk menggandakan usaha membebaskan DS Najib?

Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button