Baitulmaqdis tiba-tiba jadi ‘kota sepi’

Baitulmaqdis tiba-tiba jadi ‘kota sepi’

Baitulmaqdis tiba-tiba jadi 'kota sepi'
POLIS Israel melakukan rondaan di sekitar Baitulmaqdis. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Jalan di ibu negara Palestin, Baitulmaqdis, yang biasanya sibuk menjadi senyap, pada Isnin lalu, ketika pertempuran maut antara Israel dan Palestin berlanjutan untuk hari ketiga di dalam dan di sekitar Semenanjung Gaza.

“Baitulmaqdis memang menjadi seperti ‘bandar hantu’.

“Orang ramai dalam ketakutan dan bimbang,” kata May Bahbah, 40-an, seorang penduduk Palestin di Baitulmaqdis kepada AFP ketika dia sedang berdiri di sebelah kedai menjual sayur yang ditutup.

Bahbah berkata, penduduk Palestin yang tinggal di timur bandar yang dijajah Israel itu masih perlu pergi ke tempat kerja, tetapi bimbang kerana mungkin diancam tentera Israel berikutan situasi perang.

Berhampiran Khan al-Zait, pasar utama Kota Lama Baitulmaqdis, ada beberapa kedai dibuka pada Isnin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?


Penduduk, Hazem, 42, yang tidak mahu mendedahkan nama penuhnya dan datang dari kawasan kejiranan Palestin di Silwan untuk menjalankan beberapa urusannya, namun dia kelihatan marah.

“Pegawai polis Israel meminta saya keluar daripada kereta, dan mereka menggeledah kenderaan saya sebelum menemui penguji salur keluar elektrik.

“Seorang daripada polis itu menampar saya dengan begitu kuat, dan apabila mereka mahu menyerang saya, seorang pegawai Arab menghalang mereka,” katanya kepada AFP.

Di barat bandar itu, pesara Israel, Sara, 70, hanya duduk termenung di atas bangku selepas berjalan pagi di sepanjang jalan utama bandar yang biasanya sibuk yang kini hampir lengang.

“Saya tidak melihat ramai orang di jalanan, tetapi saya anggap ia adalah semula jadi kerana kini adalah situasi peperangan! Kami semua bimbang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA


Suasana di sekitar bandar itu mengingatkan Sara situasi pada 1973 apabila tentera Arab menyerang Israel dalam perang yang menjejaskan negara haram Israel.

Di pusat komersial First Station yang dipenuhi orang ramai beberapa hari lalu semasa perayaan Yahudi di Sukkot, perniagaan tiba-tiba terhenti dengan sebahagian besar pintu menunjukkan papan tanda ‘Tutup’.

Minggu sekolah belum bermula sama ada di timur atau barat bandar itu sejak keganasan tercetus awal Sabtu, dengan serangan mengejut oleh pejuang Hamas yang menyasarkan selatan Israel.

Sejak itu, sekurang-kurangnya 800 orang terbunuh di pihak Israel dan sekurang-kurangnya 687 di pihak Palestin.

Baitulmaqdis tiba-tiba jadi ‘kota sepi’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker