Ketakutan terdedah perbelanjaan RM600bil antara Punca Muhyiddin ganggu BN?
Oleh Adam Malik
Perjalanan perundingan antara kepimpinan UMNO/BN dengan pihak2 gabungan lain terjejas dan terganggu kerana ada individu2 tertentu dari UMNO membuat tindakan sendiri dan kenyataan sendiri.
Individu2 ini membuat kenyataan demi mengelirukan pelbagai pihak walaupun mereka tiada ‘locus standi’ untuk bercakap dan berunding bagi pihak UMNO.
Dipercayai individu2 dari UMNO ini mahu membantu pihak Perikatan Nasional dan Muhyiddn Yassin mendapat kuasa sebagai Perdana Menteri.
Apabila dilihat latar belakang mereka , maka jelas orang2 UMNO ini mendapat jawatan dan kedudukan Ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.
Kemudian apabila Muhyiddin hilang sokongan dan terpaksa serah jawatan kepada Ismail Sabri , mereka juga terus mendapat jawatan.
Pada pemerintahan Muhyiddn Yassin dimana Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana kan , negara telah diistiyar berada didalam keadaan darurat.
Atas sebab itu , maka Parlimen telah ditutup.
Selain di tutup untuk pembahasan , sesi soal jawab juga tidak ada.
Maka , disitu pula kerajaan telah membelanjakan wang yang sangat banyak luarbiasa nya.
Perbelanjaan diwaktu darurat dan ditambah dengan bajet tahunan telah mencecah RM600 bilion.
Persoalan besar , kemana kah wang2 itu telah dibelanjakan dan kemana pergi agihan wang sebanyak itu tidak diketahui oleh rakyat.
Maka, jika terbentuk kerajaan yang bukan dari kalangan yang membelanjakan nya, pasti akan ada siasatan dan pendedahan perinci.
Ini lah sebab2 nya , Perikatan Harapan berada didalam keadaan ‘panik’ dan gelisah.
Pasti ada ketirisan sana sini dalam jumlah sebesar itu.
Maka, ini lah antara sebab2 nya ‘kluster Broker’ yang dipercayai ada dapat meratah peruntukan itu sangat mempertahan kan kerajaan PN dan menolak Perikatan Harapan.
Namun, sehingga ditulis ini mereka masih gagal menghalang pembentukan kerajaan gabungan PH dan BN.
Opsyen kedua mereka adalah merampas kuasa dengan menyingkir Presiden UMNO dengan membuat kempen “Undur Presiden”.
Jika ini tidak berjaya mereka becadang merampas jawatan Presiden pada Pemilihan UMNO dan membawa semula BN Kembali bertuankan Muhyiddin Yassin dan sama2 mengagalkan pendedahan perbelanjaan RM600 bilion dan juga wang2 lain seperti kehilangan wang pulangan 1MDB yang dikutip Ketika Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.