PN mahu tentukan siapa TPM dan menteri UMNO , PH pula serah kepada UMNO sendiri.

Oleh Adam Malik

Dalam situasi terkini , Perikatan Nasional masih terikat dengan agenda “Tuan Besar” mereka mahu UMNO dikuburkan.

Walaupun tidak cukup jumlah untuk menjadi kerajaan , PN tidak boleh berkompromi kerana banyak perkara perlu dilindungi dan dijaga.



Ketika PN disuruh pilih gabungan untuk mencukupkan jumlah, mereka gagal bergabung dengan PH kerana kedua2 ketua gabungan mahu jadi Perdana Menteri.

Selain itu kedua dua pihak saling tidak mempercayai sau sama lain kerana ada sejarah menipu.

Opsyen Seterus nya memilih Barisan Nasional pula.

Namun , BN enggan jadi barua kepada PN kerana pengalaman sebelum ini PN ada agenda benamkan UMNO dan ini satu pengkhianatan.



PN pergunakan ahli UMNO yang takut kena Tindakan mahkamah sebagai ‘alat’ menjatuhkan Presiden mereka sendiri.

Kalangan ini dipanggil “kluster broker”:

Walaupun mereka dari UMNO tetapi mereka berkiblatkan pihak lawan kerana terikat.

Dalam perkembangan terbaru , BN telah membuat kenyataan media bahawa BN boleh dengan sesiapa sahaja selain PN.



Setiausaha Agung BN Datuk Ahmad Maslan telah membuat kenyataan bagi pihak UMNO dan BN.

Paling menarik dalam tuntutan  BN ada lah jawatan TPM mesti orang UMNO dan pilihan UMNO sendiri dan bukan pilihan PH tidak seperti dengan PN dimana mereka yang pilih sesiapa  yang mereka suka asalkan bukan dari kalangan Pro Presiden.

Begitu lah beza antara PN dan PH.



Selain itu BN membuat tuntutan kementerian utama dan induk mesti dari BN juga seperti Mof, Menhan ,Menteri Pelajaran dan KDN.

Maka , ahli UMNO boleh merasa lega kerana kerajaan Anwar dikawal oleh BN.

Aneh juga, DAP akur apa sahaja asalkan kerajaan tidak jatuh kepada PN dan sedia terima apa sahaja kementerian yang ditawarkan.

Untuk makluman, BN tidak minta menjadi kerajaan malah mahu menjadi pembangkang yang efektif seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden nya Mohamad Hassan @ Tok Mat, namun kerajaan tidak dapat dibentuk kerana tiada satu gabungan mencecah garisan 112 kerusi untuk BN membangkang.



Akhir nya persetujuan dicapai.

Kita sama2 tunggu perkembangan selepas ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button