Kertas siasatan terhadap Yeong-su dibuka semula

Seoul: Pendakwa raya di Suwon membuka semula kertas siasatan dakwaan terhadap pelakon veteran Korea Selatan, O Yeong-su, 78, yang dikatakan melakukan gangguan seksual menyentuh tubuh seorang wanita pada 2017.

Difahamkan, kes dibuka semula selepas mangsa mahu siasatan terperinci dilakukan. Namun, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat terhadap Yeong-su yang popular menerusi siri Squid Game itu.

Terdahulu, mangsa dikatakan memfailkan aduan kepada polis pada Disember tahun lalu, tetapi kes terbabit ditutup pada April lalu dan tiada tindakan diambil.



Menerusi kenyataan kepada media tahun lalu, Yeong-su memaklumkan dia hanya berpegangan tangan dengan wanita itu untuk menunjukkan jalan di sekitar tasik.

“Saya memohon maaf kerana (mangsa) mengatakan dia tidak akan membuat kecoh mengenainya, tetapi tidak bermaksud saya mengaku tuduhan itu,” katanya.

Yeong-su memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi kategori siri drama televisyen (TV) menerusi wataknya sebagai Oh Il-nam dalam Squid Game di Anugerah Golden Globe Ke-79, Januari lalu.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button