21 kubur pengikut ajaran sesat di gali

Nairobi: Polis Kenya semalam menemui sekurang-kurangnya 21 mayat selepas menggali kubur tanpa tanda dalam siasatan terhadap ajaran sesat yang mana pengikutnya dipercayai mati kerana berlapar.

Pegawai penyiasat sebelum ini melaporkan tujuh kematian berkait siasatan di timur Kenya selepas penahanan Makenzie Nthenge, yang dilapor memberitahu pengikutnya supaya berlapar untuk ‘bertemu Tuhan’.

“Keseluruhannya sejak semalam, kami menemui 21 mayat,” kata sumber polis yang enggan dikenali kepada AFP, merujuk kepada penggalian kubur di hutan Shakahola di luar bandar pesisir pantai Malindi.



“Saya khuatir ini hanya permulaan dan semua petanda menunjukkan kemungkinan akan ada lebih banyak mayat ditemui.

“Namun, kami tidak pasti sama ada akan menemui lebih banyak mayat, setakat ini sekurang-kurangnya tiga antara mangsa terbabit adalah kanak-kanak,” katanya.

Nthenge, pemimpin Gereja Good News International menyerah diri kepada polis dan didakwa bulan lalu selepas dua kanak-kanak mati kelaparan dalam jagaan ibu bapa mereka.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin 100,000 Kenyan shillings (RM3,100).



Polis melaporkan penahanannya pada 15 April selepas menemui mayat empat pengikutnya yang dilapor disuruh berlapar untuk bertemu Tuhan.

Kelmarin, polis Kenya berkata, mereka menemui tiga mayat, manakala 11 lagi pengikut, tujuh lelaki dan empat wanita, dibawa ke hospital, dengan tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal, selepas diselamatkan pada 14 April.

Polis melancarkan operasi mencari di hutan itu selepas menerima maklumat kematian mengenai pengikut yang mati kelaparan dengan alasan bertemu Tuhan selepas dipengaruhi Nthenge.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button