Duit dari kontraktor tak masuk akaun peribadi TETAPI !

Ya, betul. DUIT DARI KONTRAKTOR TAK MASUK AKAUN PERIBADI MIDIN.
TETAPI ….
1. Duit RM6.9 juta dari kontraktor masuk akaun syarikat 100% milik Ketua Penerangan parti dia.
2. Duit cash RM13 juta dari kontraktor diberi pada kawan baik Midin dari Pagoh. Saksi dalam perbicaraan kes UKSB turut menamakan kawan baik ini sebagai penerima cash RM1.3 juta yang diberi oleh UKSB kepada Midin melalui kawan baik dia ketika Midin menjawat sebagai Menteri KDN.
3. Duit RM4.6 juta dari kontraktor masuk akaun syarikat 100% milik dan akaun peribadi sepupu menantu Midin yang juga timbalan kedua bahagian Bersatu Segambut serta ahli jawatankuasa Yayasan Golf Midin.
Perlu ingat bahawa ketiga-tiga individu di atas tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan yang boleh pengaruhi perlantikan kontraktor dalam skim Jana Wibawa.
Jadi kenapa pula kontraktor-kontraktor sanggup bayar berpuluh juta duit kepada ketiga-tiga orang ini? Midin.
Siapa yang ada kuasa dan pengaruh ketika dia PM yang mewujudkan skim Jana Wibawa? Midin.
Siapa juga yang ada perjanjian sulit dengan Ismail Sabri di mana 20% hingga 40% dari peruntukan Pejabat Perdana Menteri diberi pada dia? Midin.
Mengikut kenyataan Midin sebelum ini, dia pernah mengaku memberi senarai kontraktor-kontraktor kepada Kementeriak Kewangan untuk diberi projek Jana Wibawa.
Namun dia kata senarai kontraktor-kontraktor ini diberi oleh pengerusi persatuan kontraktor bumiputra
Jadi, perlu juga dijelaskan kenapa pengerusi persatuan kontraktor bumiputra yang juga ahli jawatan kuasa Yayasan Golf Midin turut kutip duit dari kontraktor-kontraktor dan kemudiannya memasukkan RM12 juta ke dalam akaun bank parti Bersatu.
Ya, dia mungkin tak masukkan duit songlap ke dalam akaun dia sebab penyamun sebenar memang tak masukkan duit samun ke dalam akaun peribadi dia.
Penyamun sebenar akan simpan duit samun dengan rakan-rakan yang boleh dipercayai dia dan keluarga dia atau simpan dalam bentuk cash dalam bilik tidur.
Sumber : Fb Lim SIan See


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading