Khabar angin tidak berasas – Tunku Ismail

Khabar angin tidak berasas – Tunku Ismail

Khabar angin tidak berasas - Tunku Ismail
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) menjelaskan sebab-sebab pemainnya, Safawi Rasid (kanan) mahu terus bersama pasukan itu. – Foto Johor Southern Tigers

KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan sebab-sebab pemainnya, Safawi Rasid mahu terus bersama pasukan itu.

Pemain kebangsaan itu dikatakan mahu mencari pasukan baharu selepas berkelana ke Ratchaburi FC sebagai pemain pinjaman.

Sri Pahang antara pasukan Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat pemain kelahiran Terengganu itu, namun Safawi kemudian mengumumkan yang dia akan terus kekal bersama Harimau Selatan.



“Siapa yang keluarkan cerita perlu menyebut tentang JDT. Siapa yang percaya lebih jahil daripada yang keluarkan cerita.

“Apa yang ada di JDT? Apa yang ada di pasukan lain? Letakkan anda di tempat pemain JDT. Kenapa perlu mereka keluar? Minit bermain? Di JDT, permainan berkualiti, bukan perlawanan semata-mata.

Menurut Tunku Ismail, khabar angin berkenaan Safawi mahu mencari pasukan baharu tidak masuk akal kerana JDT adalah destinasi terbaik untuk mana-mana pemain bola sepak.

Khabar angin tidak berasas – Tunku Ismail

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker