Maghribi kejutkan Belgium



DOHA: Abdelhamid Sabiri meledak jaringan daripada sudut yang sukar, manakala rakannya yang turun selaku pemain gantian, Zakaria Aboukhlal menambah jaringan pada masa tambahan, sekali gus memastikan Maghribi melakar kejutan ke atas Belgium pada aksi Kumpulan F Piala Dunia, sebentar tadi.

Sepakan Sabiri berhampiran sudut bendera penjuru padang disedari penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, namun bola melengkung masuk ke gawang pada minit ke-73, sekali gus memberi ‘jaminan’ kemenangan ketiga buat Maghribi di Piala Dunia.

Jaringan Aboukhlal dalam pada itu hadir menerusi serangan balas yang dilakukan Hakim Ziyech di saat Belgium begitu terdesak melakukan serangan untuk memburu jaringan penyamaan.

Pasukan dari Afrika Utara itu berjaya membolosi gawang pada saat akhir babak pertama ketika sepakan Ziyech berjaya melepasi benteng pertahanan di kawasan penalti, namun pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR) dilakukan mendapati kapten, Romain Saiss sudah berada dalam kedudukan ofsaid.



Maghribi kini meraih empat mata daripada dua perlawanan, manakala Belgium yang berada di kedudukan kedua dunia, tiga mata.
Pasukan Kanada dan Croatia dijadual bertemu dalam satu perlawanan awal pagi ini untuk satu lagi aksi Kumpulan F.
Reuters


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker