Aina Abdul tetap ‘all out’ di AJL37 tahun depan
Aina Abdul tetap ‘all out’ di AJL37 tahun depan
Aina berkongsi mengenai perancangannya itu ketika ditemui selepas diumumkan sebagai salah seorang finalis yang layak ke AJL37 baru-baru ini.
Berkongsi tentang perasaannya, Aina mengakui dia gementar apabila kembali bertarung dengan nama besar di atas pentas AJL37 namun pengalaman itu menaikkan semangatnya.
Aina berkata, dia berasa bertuah apabila dapat berkongsi pentas dengan beberapa nama besar lain apatah lagi lagu ciptaannya terpilih ke AJL37.
“Perasaan gerun dan seram itu ada… saya kena bekerja lebih kuat, kalau tidak saya akan rasa selesa.
“Saya anggap ia satu penghargaan kerana mereka semua berpengalaman dan peluang ini membuatkan saya lebih yakin berkongsi pentas bersama mereka,” katanya.
Apatah lagi kata Aina, lagu berkenaan mempunyai makna mendalam buat dirinya.
“Saya amat sayang dengan lagu Terus Hidup walaupun mesejnya tentang menyatakan kerinduan pada seseorang tapi rindu itu sangat besar.
“Apa saya maksudkan tentang rindu ini adalah rindu kepada orang yang sentiasa bersama saya dan sebab itu saya sayang lagu ini,” ujarnya.
Aina Abdul tetap ‘all out’ di AJL37 tahun depan