Guna helah untuk tipu duit pembeli ‘online’

Oleh  – Syeikh Baran


Guna helah untuk tipu duit pembeli ‘online’
Gambar Hiasan

Ramai pembeli platform e-dagang berkongsi pengalaman ditipu dan hampir menjadi mangsa ‘scammer’ apabila diminta memberikan maklumat alamat baharu selepas barangan yang dipesan masih gagal dihantar.

Berkongsi nasib, pempengaruh media sosial, Mohd. Fadli Salleh berkata, baru-baru ini beliau hampir ditipu oleh ‘scammer’ apabila secara tiba-tiba menerima mesej di ruang perbualan platform e-dagang meminta untuk mengisi semula alamat, nombor telefon serta e-mel baharu bagi pengurusan penghantaran barang.



“Kisahnya aku ada pesan beberapa barang dekat (platform e-dagang). Ada satu barang ini dah dua hari tak gerak dari Wangsa Maju.

“Kemudian masuk mesej macam ini. Aku betul-betul ingat barang tu lah kiranya. Tanpa rasa curiga, aku klik ‘link’ tersebut. Aku pun jujur la masukkan semua info.

“Bila klik ‘next’ sahaja, dia suruh buat pembayaran tambahan RM1.37, masa ini mula-mula aku tertipu juga mungkin mereka caj sebab cari (alamat) kali pertama tak jumpa, tetapi lepas lihat pilihan pembayaran cuma kena guna kad, tiba-tiba rasa was-was,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut guru tersebut, beliau segera menyemak pautan berkenaan dan mendapati ia berbeza dari pautan rasmi sebuah syarikat kurier yang digunakan.



Menjengah ke ruangan komen perkongsian Mohd. Fadli itu, ramai turut berdepan situasi yang sama.

“Saya pernah kena begini dari sebuah syarikat kurier, silap saya pergi klik ‘link’ diberi, kes sama denga cikgu la tunggu barang tak sampai-sampai. Sudah satu hal kena hubungi bank untuk tutup akaun, buat kad baharu, menyusahkan,” kata Siti Rohani Kabeb.

“Saya pun pernah dapat mesej dan link macam perkongsian cikgu. Hampir juga ditipu, mujur tersedar bila tengok pilihan pembayaran itu,” kongsi Fauzi Anwar.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button