Amerika Syarikat tuan rumah Piala Dunia Kelab 2025

Amerika Syarikat tuan rumah Piala Dunia Kelab 2025

Amerika Syarikat tuan rumah Piala Dunia Kelab 2025
Trofi Piala Dunia Kelab FIFA. – Foto AGENSI

MIAMI: Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab berwajah baharu yang bakal menampilkan 32 pasukan pada tahun 2025, umum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pengumuman itu menyaksikan AS akan menganjurkan kejohanan besar untuk tiga musim panas berturut-turut, Copa America 2024 dan Piala Dunia 2026 yang dianjur bersama dengan Mexico serta Kanada.

Piala Dunia Kelab yang bermula pada tahun 2000, kurang mendapat perhatian dunia dan presiden FIFA, Gianni Infantino mahu penyertaannya diperluaskan ke seluruh dunia – bukan hanya kelab-kelab terbaik dari Eropah dan Amerika Selatan.



Edisi terakhir berlangsung di Maghribi pada Februari dan menampilkan hanya tujuh pasukan.

“Piala Dunia Kelab 2025 akan menjadi kemuncak bola sepak kelab lelaki elit profesional, Amerika Syarikat adalah tuan rumah terbaik untuk kejohanan global baharu ini,” kata Infantino.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Februari lalu FIFA mengumumkan edisi baharu kejohanan akan menampilkan 12 pasukan Eropah, enam dari Amerika Selatan, serta masing-masing empat wakil dari Asia, Afrika dan CONCACAF.

Rantau Oceania turut diberikan satu slot dan tuan rumah dijamin satu tempat dalam kejohanan itu.

Wakil Eropah termasuk pemenang lima edisi terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Kejohanan edisi lama akan berlangsung buat kali terakhir di Arab Saudi pada Disember. – AFP



Amerika Syarikat tuan rumah Piala Dunia Kelab 2025


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading