Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

Selepas 6 hari, masih tiada kabinet

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10

Selepas 6 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau masih belum memberi bayangan kabinet Kerajaan Perpaduan.

Berlegar khabar angin menyatakan kabinet hanya akan dibentuk pada pertengahan Disember sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.



Namun demikian, ada sumber lain menyatakan, Anwar berada dalam dilemma bagi mengenalpasti individu yang benar-benar mampu menggalas tugas selaku Menteri dalam kabinetnya.

Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

Hampir pasti semua parti dalam Pakatan Harapan mahu jawatan dalam kabinet Kerajaan Perpaduan. Bagaimanapun, Anwar pastinya mempunyai pertimbangan yang lebih saksama dalam pembahagian jawatan kabinet agar tiada pihak yang berasa kecil hati.

Anwar Ibrahim yang berpengalaman melihat keruntuhan Pakatan Harapan selepas 22 bulan mentadbir negara pasti telah belajar dari kekhilafan tersebut.



Melainkan, jika beliau memilih untuk menyingkatkan ‘umur’ serta ‘menderhaka’ Titah Agong, maka beliau boleh mengulangi kesilapan Pakatan Harapan.

Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

Antara Kementerian yang akan menjadi perhatian siapa penerajunya ialah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Komunikasi dan MultiMedia.

Siapa sahaja yang akan Anwar letakkan di Kementerian terbabit akan diperhatikan rakyat serta dinilai kemampuan mereka dengan sewajarnya. Sebarang kesilapan Anwar bakal mengundang padah sekiranya berlaku kesilapan pemilihan.



Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 

USAHA ‘TANGAN GHAIB’ HALANG PEMBENTUKAN KABINET PERLU DITANGANI

Satu perkara yang perlu juga diperhatikan Anwar ialah gerak kerja Mahathir di sebalik tabir dalam memilih calon sesuai sebagai Menteri serta susuanan kabinet.

Sudah terdengar ada usaha ‘tangan ghaib’ yang cuba mempengaruhi Anwar untuk menghalang individu tertentu untuk dilantik sebagai Menteri.



Ini termasuk usaha meminta ‘ihsan’ melantik ‘trojan horse’ tertentu sebagai Senator bagi membolehkan mereka layak dipertimbangkan ke jawatan dalam kabinet.

Dalam usaha tersebut, ‘pembunuhan karektor’ dilakukan dengan memberi gambaran kabinet Anwar akan ‘membalas dendam’ terhadap musuh politik mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab Anwar untuk menyegerakan pembentukan kabinetnya bagi menyakinkan rakyat akan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin.

Sekiranya terus berteka-teki, dikhuatiri populariti Anwar serta imej beliau akan merudum jauh lebih teruk dari Perdana Menteri Ke-7, 8 dan 9.



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button