Malang tayar pancit, kontraktor maut, anak parah

Malang tayar pancit, kontraktor maut, anak parah
Pegawai penyiasat memeriksa kereta Mercedes dinaiki dua beranak yang terbabit nahas dan dibawa ke IPD Jasin. Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

Malang tayar pancit, kontraktor maut, anak parah

JASIN: Seorang kontraktor maut manakala anak bongsunya parah selepas dirempuh lori ketika sedang menukar tayar kereta mereka di Kilometer 179.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, Khaidzir Zainuddin, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata anak mangsa, Muhammad Ashraf, 22, yang patah tulang rusuk dibawa ke Hospital Tangkak, Johor untuk rawatan lanjut.



Dua beranak itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pengerang, Johor atas urusan kerja sebelum tayar Mercedes dinaiki pancit ketika tiba di lokasi.

Katanya, ketika dua beranak itu sedang berkemas selepas selesai menukar tayar, sebuah lori tunda yang berhenti di belakang kereta mereka dilanggar oleh sebuah lori yang datang dari arah sama.

“Pelanggaran itu, menyebabkan lori tunda terbabit melanggar kedua-dua mangsa yang berada di belakang kereta menyebabkan mereka tercampak ke tepi lebuh raya,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurut Mispani, pemandu lori tunda terbabit turut cedera apabila dikatakan termasuk ke bawah lori berkenaan dan dibawa ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut.



Dalam pada itu suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Jasin apabila ahli keluarga dan rakan arwah tidak dapat menahan sebak ketika menunggu bedah siasat.

Kelihatan ahli keluarga mangsa saling berpelukan dan menangis, namun tidak bersedia untuk ditemubual.

Dalam pada itu, nahas berkenaan adalah yang kedua berlaku di kilometer sama, namun membabitkan arah berbeza yang mana kira-kira lima jam sebelum itu berlaku nahas bas ekspres dengan treler menyebabkan 16 penumpang cedera ringan.

Ajal ketika tukar tayar kereta pancit



Malang tayar pancit, kontraktor maut, anak parah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button