`Selepas 38 hari hilang, kami cuma dapat rangka’ – Kakak Bella

Oleh – Syeikh Baran


`Selepas 38 hari hilang, kami cuma dapat rangka’ – Kakak Bella
Gambar kenangan Bella dan anaknya.

Kakak kepada Bella atau Mila Sharmila wanita yang hilang dan ditemui tinggal rangka di Tongkang Pechah kelmarin seolah-olah kecewa dengan prosedur siasatan polis.

Dalam hantaran di media sosial, Norhisham, 36, meluahkan antaranya, selepas adiknya hilang lebih sebulan keluarganya hanya menemui rangka adiknya.



“Sekarang selepas 38 hari… Apa yang saya dan keluarga dapat.. Kami cuma dapat rangka.. Kenapa masa reman tidak tekan dia (suspek) habis-habis.. Kalau tahu awal mana Bella disorokkan.. Mesti keluarga dapat body bukan rangka… walaupun body dah tak bernyawa tapi masih boleh kami peluk cium utk kali terakhir,” tulisnya malam tadi

Oleh itu, Norhisham mempertikai keputusan polis melepaskan individu yang dipercayai suspek utama atas alasan lelaki itu menghidap penyakit ‘tiga serangkai’ selain tidak memanggilnya untuk mendapatkan maklumat.

Katanya, Bella, 32, sentiasa berkongsi semua perkara dan kali terakhir mereka berhubung adalah melalui aplikasi sembang pada pukul 11.38 malam, 14 Disember.

“Saya dan Bella ini sentiasa kongsi benda apa kami nak buat.. Bella takkan hilang mcm ni… Masa hari last chat 14.12.2023 pkul 11.38 pm Bella tanyakan sesuatu..sy dah jawab kemudian Bella senyap… Mungkin masa tu last nyawa dia dhabiskan…,” tulisnya.



Dalam hantaran sama, Norhisam mendakwa, dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan balai polis untuk memaklumkan kehilangan Bella yang diyakini  mempunyai unsur jenayah, bukan sekadar kes orang hilang tetapi pegawai penyiasat didakwa enggan menemuinya.

Terdahulu, Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi.

Kelmarin, polis memaklumkan menemui rangka dipercayai milik Bella di sebuah rumah sewa di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

Rangka tidak sempurna di rumah sewa terbiar itu ditemukan selepas polis dipandu oleh salah seorang suspek.



Sumber – UTUSAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading