Rayuan SRC Najib: Zaid, rakan kongsi bebas salah laku

Oleh – Syeikh Baran


Rayuan SRC Najib: Zaid, rakan kongsi bebas salah laku

Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan dua rakan kongsi firma guamannya dibebaskan daripada sebarang pelanggaran Akta Profesion Undang-Undang (LPA) ketika proses rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes SRC International.



Dalam hantaran di laman X, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), itu berkata, keputusan itu dibuat oleh Lembaga Tatatertib Majlis Peguam yang diketuai oleh Tan Sri Rohana Yusuf, semalam.

Katanya, beliau, Liew Teck Huat dan M Rueben dibebaskan daripada sebarang pelanggaran LPA atau etika undang-undang seperti yang didakwa oleh Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn, sebelum ini

“Aduan berpunca daripada keputusan kami untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi penangguhan perbicaraan bagi membenarkan peguam utama baharu bersedia untuk kes itu.

“Bagaimanapun, keputusan yang betul dibuat bahawa kami tidak boleh dipersalahkan kerana melakukan yang terbaik untuk anak guam,” kata Zaid.



Najib pada 25 Julai 2022, melantik firma guama Zaid untuk menggantikan Shafee & Co sebagai peguam cara dalam rayuan terakhir kes SRC International di Mahkamah Persekutuan. Hisyam Teh Poh Teik dilantik sebagai peguam utama menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 26 Julai, Najib melantik ZIST untuk mewakilinya dalam rayuan terakhir terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Persekutuan selepas menamatkan perkhidmatan Tetuan Shafee & Co berkuat kuasa serta-merta sebelum pada 19 Ogos menamatkan pula perkhidmatan ZIST sebagai peguam caranya.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun sama mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.



Sumber – UTUSAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading