Alami trauma otak selepas diserang peluru berpandu

Oleh – Syeikh Baran


Alami trauma otak selepas diserang peluru berpandu
TENTERA Amerika Syarikat beratur untuk menaiki pesawat untuk memulakan perjalanan pulang mereka keluar dari Iraq dari Pangkalan Udara al-Asad di barat ibu negara Baghdad.-AFP

Sejumlah tentera Amerika Syarikat (AS) dinilai kemungkinan mengalami kecederaan traumatik otak selepas serangan peluru berpandu dan roket ke atas pangkalan tentera di barat Iraq.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komando Amerika Syarikat, serangan tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 6:30 petang (waktu tempatan) di Pangkalan Udara Al-Assad, lokasi beberapa tentera AS ditempatkan.



Jelas kenyataan itu, keadaan mereka yang terkesan tidak diketahui dan sekurang-kurangnya seorang anggota perkhidmatan Iraq cedera.

Pasukan gabungan AS dan rakan-rakan Iraq sedang cuba mengesahkan laporan beberapa kecederaan kecil dalam kalangan kakitangan AS dan seorang anggota pasukan keselamatan Iraq yang cedera secara serius, kata tiga pegawai pertahanan.

Pegawai tentera Iraq berkata, ibu pejabat Briged ke-29 dan Divisyen ketujuh negara itu rosak akibat serangan itu.

Pusat Komando menyalahkan pemberontak yang disokong Iran atas serangan itu melibatkan pelbagai peluru berpandu dan roket. 



“Sebahagian besar peluru berjaya disekat oleh sistem pertahanan udara pangkalan sementara yang lain memberi kesan kepada pangkalan,” kata Pusat Komando.

Al-Muqawama al-Islamiyya di Iraq mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dan mengatakan amunisi dilancarkan sebagai sambungan kepada pendekatan mereka untuk menentang pasukan penjajah AS di Iraq dan rantau ini.

Malah, ia sebagai tindak balas terhadap pembunuhan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.-AGENSI

Sumber –  UTUSAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button