Penceramah bebas didakwa atas sembilan salah laku seksual

Penceramah bebas didakwa atas sembilan salah laku seksual

Penceramah bebas didakwa atas sembilan salah laku seksual
MUHAMMAD FATHI NA’IM Mazlam mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan melibatkan rogol, amang seksual dan hubungan seks di Mahkamah Sesyen Klang, Klang, Selangor. -UTUSAN/ AFIQ RAZALI

KLANG: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan salah laku seksual termasuk merogol seorang remaja bawah umur dalam kejadian antara Jun tahun lalu hingga Februari lalu.

Tertuduh, Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, membuat pengakuan itu selepas sembilan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Mengikut tujuh pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa merogol remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun dan bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.



Muhammad Fathi yang mempunyai tiga isteri turut didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan objek terhadap remaja berkenaan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan boleh sampai 30 tahun serta sebatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah kereta Toyota Vellfire di kawasan tempat letak kereta di surau dan sebuah hotel di sekitar Bandar Puncak Alam antara Jun 2021 hingga Februari lalu.



Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan melarang tertuduh mendekati dan menghubungi mangsa secara fizikal atau komunikasi lain.

Peguam Samry Masri mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya memerlukan perbelanjaan bagi rawatan penyakit slip disc (tulang rawan tergelincir).

“Anak guam saya mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia satu hingga 11 tahun yang memerlukan perhatian selain turut menanggung kedua ibu bapanya.

“Sebelum ditahan, pekerjaan utama tertuduh adalah penceramah bebas namun punca pendapatannya hilang selepas kesnya tular,” katanya.



Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 bersama seorang penjamin dan tertuduh melaporkan diri di balai polis setiap bulan selain tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Januari depan.

Utusan Malaysia pada 19 Julai lalu melaporkan seorang penceramah bebas bergelar ustaz dicekup selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Selangor.- UTUSAN

 



Penceramah bebas ditahan kes seksual fizikal anak rakan

 

Penceramah bebas didakwa atas sembilan salah laku seksual

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button