1,500 dibayar jadi ‘Ultras Qatar’
1,500 dibayar jadi ‘Ultras Qatar’
DOHA: Tuan rumah Qatar dikatakan mengupah 1,500 peminat dari negara lain untuk membentuk ‘Ultras Qatar’ dan menyokong pasukan mereka pada Piala Dunia 2022.
Dalam semua perlawanan melibatkan tuan rumah itu, penyokong dilihat begitu bersemangat berkumpul di satu sudut stadium dan memakai baju merah maroon dengan tulisan ‘Qatar’ di bahagian hadapan.
Usaha itu bagaimanapun tidak mencukupi kerana Qatar menjadi negara pertama tersingkir pada Piala Dunia 2022 selepas kalah dalam dua perlawanan pertama, selain tewas 0-2 kepada Belanda dalam aksi terakhir Kumpulan A semalam.
Menurut akhbar The Sun, ‘penyokong’ Qatar itu dibayar untuk datang dari negara lain dan memberikan suasana yang meriah ketika aksi pasukan tuan rumah.
Kira-kira 1,500 orang peminat diterbangkan dari Lebanon, Mesir, Algeria dan Syria. Mereka diberikan penginapan percuma, makanan dan tiket perlawanan selain turut dibayar untuk menghadiri perlawanan.
Mereka dilaporkan tiba seawal pertengahan Oktober untuk berlatih nyanyian dan mempelajari lagu kebangsaan Qatar dalam usaha meniru ‘budaya ultras’ yang dilihat di seluruh negara Eropah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siasat RM600 bilion wang rakyat secara forensik.
- Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?
- Kerajaan Perpaduan – Dilema Pengundi Cina
Seorang Ultras Lebanon yang enggan mendedahkan namanya berkata, wang bukanlah faktor pendorong untuk peminat yang telah diterbangkan bagi menyokong negara tuan rumah.
“Adalah menjadi kewajipan kami untuk menyokong negara Arab.
“Kami berkongsi bahasa yang sama. Dan Kami berkongsi budaya yang sama. Kami mahu menunjukkan kepada dunia sesuatu yang istimewa.
“Anda melihat sesuatu yang istimewa sepanjang kejohanan,” katanya. – AGENSI
Piala Dunia bermula sehari awal
1,500 dibayar jadi ‘Ultras Qatar’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan
- PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15
- PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :