83% Kaum India undi PH, relevan lagikah MIC?

Presiden MIC perlu belajar

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


83% Kaum India undi PH, relevan lagikah MIC?

Keputusan PRU15 pada 19 November lepas penuh kejutan buat semua parti politik yang bertanding. Perubahan paling ketara yang dapat dilihat ialah pengalihan sokongan Kaum India kepada PH pada 2022 berbanding 2018.



Ini memberi mesej jelas kepada MIC – Malaysian Indian Congress, kewujudan mereka tidak lagi dianggap relevan oleh Kaum India Malaysia.

Mengapa ini boleh berlaku kepada MIC?

83% Kaum India undi PH, relevan lagikah MIC?

Bayangkan pada 2008 sokongan Kaum India kepada PH berada pada tahap 65% kemudian menurun kepada 50% pada 2013 tetapi kembali meningkat ke angka 81% pada 2018 dan terbaru naik ke 83% pada 2022.



Berbanding sokongan Kaum India kepada BN pula, pada 2008 berada pada 34%, pada 2013 naik ke 48%, tetapi menurun ke 18% pada 2018 dan terbaru hanya 16% pada 2022.

Data sokongan Kaum india ini dirujuk kepada kajian undi berdasarkan etnik oleh Bridget Welsh

83% Kaum India undi PH, relevan lagikah MIC?

Rumusan awal dari dapatan umum bila dilakukan soal selidik secara rawak kepada pengundi India mendapati penolakan mereka kepada MIC  dipengaruhi beberapa faktor –



83% Kaum India undi PH, relevan lagikah MIC?

  • Pengasingan kasta dalam MIC
  • Budaya samseng dalam kalangan pimpinan MIC
  • Tidak memperjuangkan kemahuan Kaum India secara keseluruhan
  • Hanya sekadar pelengkap dalam BN
  • Tidak bersuara untuk kepentingan Kaum India
  • Budaya ‘cantas’ individu berpotensi dalam MIC
  • Kronisme dan politik ‘warisan’ untuk pemimpin tertentu dalam MIC

PRESIDEN MIC WAJAR FIKIRKAN SOLUSI ATAU BERSEDIA MELEPASKAN JAWATAN

Berbanding Pakatan Harapan, Kaum India mendapati mereka menawarkan platform yang lebih terbuka untuk Kaum India bersuara. Boleh dikatakan budaya ‘cantas-mencantas’ tidak wujud dalam kalangan Kaum India dalam PH.

Yang paling utama, tiada pengasingan kasta dalam PH untuk dijadikan sebab utama hanya pemimpin tertantu menguasai parti secara keseluruhan.



Kesetiaan kepada gabungan dalam PH juga menarik minat pengundi India apabila pimpinan India dalam PH kekal setia serta konsisten dalam prinsip politik mereka berbanding MIC.

Presiden MIC sendiri telah menampakkan kekeliruan politiknya sepanjang 2018 – 2022 apabila seringkali berdolak dalik dalam menunjukkan kesetiaan kepada gabungan BN itu sendiri.

Bersediakah MIC untuk melakukan pembersihan dalam parti sebelum PRU16 bagi mengembalikan kepercayaan pengundi India kepada mereka?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button