Bank Muamalat catat keuntungan lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) meraih keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) lebih tinggi kepada RM256.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, melonjak 46.8 peratus berbanding RM174.8 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin, berkata prestasi positif yang dicatatkan pada tahun dikaji itu sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan jumlah pendapatan, pertumbuhan pembiayaan yang kukuh dan kualiti aset yang lebih baik.

“Bank Muamalat kekal berdaya tahan dalam tempoh yang mencabar, walaupun terdapat risiko yang timbul daripada kebangkitan semula COVID-19 dan sekatan yang memberi kesan kepada operasi perniagaan. Pengetatan sekatan COVID-19 menjejaskan individu dan perniagaan, namun bank terus membantu pelanggan yang menghadapi kekangan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi tahun kewangan 2021, Bank Muamalat mencatatkan pertumbuhan tujuh peratus jumlah aset kepada RM27.6 bilion, berbanding RM25.8 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya disumbangkan oleh pertumbuhan 14.46 peratus atau peningkatan RM2.6 bilion dalam jumlah pembiayaan kasar kepada pelanggan, daripada RM18.2 bilion kepada RM20.9 bilion, setakat 31 Disember 2021, terutamanya daripada segmen perbankan pengguna.

Khairul berkata, Bank Muamalat juga terus meningkatkan kualiti asetnya, dengan Pembiayaan Terjejas Kasar berada pada 0.83 peratus pada 31 Disember 2021, berbanding 1.07 peratus yang dicatatkan pada 31 Disember 2020.

“Bank Muamalat telah memberi penekanan yang lebih besar untuk memperkukuh perniagaan melalui pelan strategik 5-Tahun baharunya dengan mempergiatkan usaha pendigitalan, pengembangan berterusan pangkalan pelanggan dan kecekapan perkhidmatannya,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker