Presiden Umno, siapa pilihan ahli?

Kekuatan Presiden diperlukan bagi jaga Umno

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Presiden Umno, siapa pilihan ahli?

Umno telah menetapkan dalam tempoh 6 bulan selepas PRU15 akan berlangsung pemilihan parti bagi memilih kepimpinan baru.



Bagi pemerhati politik, jawatan Presiden merupakan keutamaan sebagai panduan hala tuju Umno dalam era baru politik negara.

4 nama yang dijangka akan diangkat akar umbi Umno untuk bersaing bagi jawatan Presiden Umno kali ini.

Mereka adalah –

  • Hishamuddin Hussein – Sembrong
  • Mohamad Hj Hasan – Rembau
  • Ismail Sabri Yaakob – Bera
  • Ahmad Zahid Hamidi – Bagan Datuk (Penyandang)

Penilaian ahli Umno terhadap 4 nama ini akan disandarkan kepada kemampuan mereka mengemudi parti sepanjang kekalahan BN sejak Pru14.



Malah, semasa pelbagai bentuk tekanan dikenakan terhadap Umno, siapa yang ke hadapan bagi membentengi Umno juga akan diambil kira sebagai nilai tambah untuk diangkat sebagai Presiden Umno.

KERAJAAN PERPADUAN PERLU KEKUATAN UMNO UNTUK ‘SURVIVAL’ 5 TAHUN

Presiden Umno, siapa pilihan ahli?

Mendepani era baru pasca PRU15 dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan juga akan memberi tekanan terhadap mereka yang berminat untuk menjawat jawatan tertinggi parti. Bagi menyeimbangkan kekuatan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, seorang Presiden mestilah cukup ampuh mempertahankan parti dari ditekan saingan dalam kerajaan.

Sikap toleransi serta bijak mencatur permainan politik juga sangat penting untuk seorang Presiden. Bukan mudah memikul tanggungjawab menjaga sebuah parti dengan keahian mencecah 3 juta dengan pelbagai karenah ahli.



Presiden Umno, siapa pilihan ahli?

 

 

Banyak pertimbangan perlu diperhatikan bila seorang mahu berada di kerusi nombr satu Umno. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang terutama bagi mereka yang memandang politik secara singkat.



Pelbagai kemungkinan dalam percaturan perlu difikirkan untuk menjadikan Umno kekal relevan sebagai wadah perjuangan politik Melayu selari dengan matlamat penubuhan Umno itu sendiri.

Hubungan baik dengan pelbagai peringkat parti juga sangat penting untuk pengukuhan seorang Presiden. Bersikap inklusif dalam hubungan bersama ahli bawahan akan memberi kelebihan kepada calon Presiden kerana ‘mitos’ tembok antara pemimpin dan ahli perlu dirobohkan bagi membuat penyokong merasakan kehadiran mereka dalam parti dihargai.

Bercakap di atas helaian kertas memang mudah namun untuk merealisasikan bukanlah perkara enteng bagi seorang Presiden.

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading