Terdesak cari duit, ibu bapa sanggup jual gambar lucah anak di Filipina
Terdesak cari duit, ibu bapa sanggup jual gambar lucah anak di Filipina
MANILA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dikenali sebagai Eric tersenyum riang ketika menceritakan angan-angannya untuk mengembara ke angkasa lepas.
Pegawai tersebut, Fedalyn Marie Baldo meluangkan masa selama beberapa bulan bersama Eric dan kakaknya yang berusia 10 tahun serta dua lagi abang mereka bagi membantu mereka menangani trauma yang dialami.
Hal ini kerana, selama beberapa tahun, Eric dan tiga adik-beradiknya diseksa secara seksual berulang kali di depan kamera untuk dijadikan ‘tatapan golongan pedofilia‘ di seluruh dunia.
Lebih menjijikkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh ibu bapanya dan ibu serta bapa saudaranya.
Kesemua adik beradik itu diselamatkan selepas bapa mereka membuat laporan polis akibat bertengkar dengan ibu mereka.
Berdasarkan kajian yang dilakukan UNICEF dan Save the Children, dianggarkan satu dalam setiap lima kanak-kanak Filipina kini berisiko menjadi magsa eksploitasi seks.
Sejumlah laporan juga menunjukkan penglibatan golongan itu dalam jenayah terbabit meningkat sehingga 280 peratus.
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu menyaksikan penderaan seksual terhadap kanak-kanak semakin meningkat, terutamanya apabila ibu bapa mereka terdesak mendapatkan duit akibat kehilangan pekerjaan.
Sehubungan itu, Baldo bimbang sekiranya jenayah itu menjadi ‘kebiasaan’ di negara ini, malah bertukar ‘endemik’ di beberapa wilayah Filipina.
SUKAR DITANGANI
Menurut pegawai khidmat sosial, satu-satunya kes penderaan seksual boleh dilaporkan apabila mangsa tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Namun, prosesnya juga bukan mudah apabila mereka terpaksa ambil masa yang lama sebelum pendakwaan atau tangkapan dibuat.
“Kadang kala, kami mendapat kerjasama yang pantas daripada pihak berkuasa, ada masanya, semua proses itu tertangguh agak lama, sekali gus menyukarkan kes penderaan seksual ditangani secara berkesan,’ kata Emmanuel Drewery dari Preda.
PENYELESAIAN GLOBAL
Presiden Preda, Shay Cullen berkata, penyelesaian global perlu dilakukan segera bagi membendung masalah yang semakin ‘meluas’ ini.
“Perlu ada undang-undang antarabangsa yang melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan seksual.
“Itu merupakan satu-satunya cara untuk membantu golongan tersebut dan kerajaan semua negara juga seharusnya bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sekatan kandungan internet, terutamanya berkaitan bahan yang boleh menggalakkan eksploitasi kanak-kanak,” tegasnya.
Terdesak cari duit, ibu bapa sanggup jual gambar lucah anak di Filipina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan
- PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15
- PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember