Jerman ‘bungkus’ lagi

AL KHOR: Jerman tersingkir seawal peringkat kumpulan buat kali kedua berturut turut di Piala Dunia meskipun meraih kemenangan 4-2 ke atas Costa Rica, sebentar tadi.

Ia selepas juara dunia empat kali itu berada di tangga ketiga Kumpulan E susulan kemenangan Jepun 2-1 ke atas Sepanyol.

Costa Rica meletakkan lima pemain pertahanan namun Jerman masih berjaya mencari jalan untuk mendapatkan gol seawal minit ke-10 selepas hantaran lintang David Raum ditanduk masuk Serge Gnabry.



Selepas mengetahui Jepun mendahului Sepanyol dalam satu lagi aksi kumpulan, Jerman sedikit alpa sehingga membenarkan Costa Rica meledak dua gol menerusi Yeltsin Tejeda dan Juan Pablo Vargas.

Bagaimanapun, Kai Havertz meledak dua gol selepas dimasukkan dari bangku simpanan untuk mengesahkan tiga mata buat Jerman sebelum Niclas Fuellkrug menambah gol keempat buat Jerman.

Namun keputusan akhir menyaksikan Jepun menamatkan aksi peringkat kumpulan selaku juara kumpulan sementara Sepanyol di tangga kedua.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button