Wan Rosdy Jawap Kontroversi Pembangkang

Wan Rosdy Bidas Pembangkang

Wan Rosdy

 

Penjelasan MB Pahang

1. Semalam, Ahli-ahli Dewan Negeri Pahang dari blok pembangkang, telah bertindak keluar Dewan membantah Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020 yang diluluskan dengan suara majoriti.

2. Tindakan ini tidak lebih sebagai gimik politik tanpa mempunyai sebarang justifikasi demi kepentingan negeri dan rakyat. Walaupun merasa kesal dengan tingkah laku yang mencemar Dewan, ini saya anggap sebahagian daripada asam garam amalan demokrasi tetapi malanglah kerana selepas itu, mereka tidak lagi berada dalam Dewan untuk mengikuti pembentangan Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Pindaan) (no 2) 2020, kemudian diluluskan sebulat suara.

3. Enakmen mengenai pelantikan Ahli Dewan Negeri (Dilantik) sebelum itu, bertujuan memberi kelonggaran kepada kerajaan negeri melantik tidak lebih lima (5) orang Ahli Dewan Negeri (Dilantik). Ini akan menjadikan keseluruhan Ahli Dewan Negeri tidak lebih 47 orang, termasuk 42 Ahli Dewan Negeri sedia ada.



Wan Rosdy

Tidak Langgar Undang Tubuh Negeri

4. Perlu saya tegaskan, enakmen ini telah melalui pelbagai peringkat kajian dan penelitian termasuk oleh Penasihat Undang-undang Negeri. Daripada segi perundangan, ia tidak melanggar Undang-undang Tubuh Negeri mahupun Perlembagaan Persekutuan.

5. Enakmen yang hampir sama telah digunapakai oleh Dewan Undangan Negeri Sabah sejak berdekad lalu. Jiran kita Terengganu turut mempunyai enakmen yang sama.

6. Saya juga ingin menegaskan, kelulusan Enakmen ini tidak menghakis sebarang hak demokratik Ahli-ahli Dewan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya. Ahli-ahli Dewan Negeri (Dilantik) juga tidak boleh menjadi Menteri Besar atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco).

7. Antara kebaikan enakmen ini, ia membolehkan Kerajaan Negeri melantik beberapa orang mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan untuk sama-sama memberi input kepada Dewan sama ada melalui perbahasan mahu pun di peringkat jawatankuasa.

8. Saya berharap masyarakat dapat melihat kelulusan enakmen ini sebagai satu pandangan jauh dan komitmen kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan negeri.

Saya ada peranan pertahankan Dr Mahathir, kata Anwar



WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL

Saya ada peranan pertahankan Dr Mahathir, kata Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button