Uruguay, Suarez gigit jari

AL WAKRAH: Giorgian de Arrascaeta meledak dua gol untuk membantu Uruguay membenam Ghana 2-0 sebentar tadi, namun kemenangan itu tidak cukup membawa mereka layak ke pusingan seterusnya susulan kemenangan Korea Selatan ke atas Portugal.

Ghana yang terkenal atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan suku akhir Piala Dunia menentang Uruguay 12 tahun lalu mensia-siakan peluang untuk mendahului pada minit ke-21.

Kali ini, sepakan penalti Andre Ayew mudah diselamatkan Sergio Rochet.



Uruguay kemudian menghukum kesilapan Ghana dengan meledak gol pertama mereka pada kejohanan ini menerusi De Arrascaeta pada minit ke-26 sebelum dia menggandakan kelebihan Uruguay menerusi voli menarik enam minit berselang.

Kemenangan itu meletakkan Uruguay di tangga ketiga dengan empat mata, terikat bersama Korea Selatan yang mengatasi mereka dengan jumlah jaringan gol selepas menjaringkan gol kemenangan lewat permainan untuk menang 2-1 ke atas Portugal.

Ghana di tangga tercorot dengan tiga mata.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button