Polis sahkan terima laporan pembantu rumah didera bekas ahli politik

Polis sahkan terima laporan pembantu rumah didera bekas ahli politik

Polis sahkan terima laporan pembantu rumah didera bekas ahli politik

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kes pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera majikannya yang juga bekas ahli politik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata laporan polis daripada pembantu rumah berusia 54 tahun itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 4.16 petang 22 Ogos lalu.

“Bersabit dengan laporan polis yang telah dibuat, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.



“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan tindakan susulan akan dilaksanakan bagi melengkapkan kertas siasatan untuk mendapatkan pertuduhan ke atas suspek yang juga seorang ahli perniagaan. – BERNAMA

Polis sahkan terima laporan pembantu rumah didera bekas ahli politik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker