Amrabat setuju terma Manchester United

Amrabat setuju terma Manchester United

Amrabat setuju terma Manchester United
AMRABAT dilaporkan sudah menyatakan persetujuan mengenai terma peribadi yang ditawarkan oleh United. – FB ACF FIORENTINA

MILAN – Bintang Fiorentina, Sofyan Amrabat dilaporkan menolak tawaran akhir Liverpool selepas dikatakan menyatakan persetujuan peribadi untuk menyertai Manchester United.

Tonggak antarabangsa Maghribi itu dijangka akan me­ninggalkan Fiorentina ketika kelab itu sedang berusaha untuk mengimbangi komitmen dan memulihkan struktur kewangan kelab.

Selepas berjaya mendapatkan Andre Onana, United juga sedar dan cuba memanfaatkan peluang untuk mendapatkan khidmat Amrabat, namun mendapat cabaran The Reds yang kini berusaha untuk perkukuhkan jentera tengah.



Bagaimanapun, peluang itu semakin terbuka buat United selepas Amrabat dikatakan

bersetuju dengan terma peribadi diberikan, malah pemain itu pernah bekerjasama dengan Erik Ten Hag ketika bersama Utrecht.

Januari lalu, Amrabat hampir dijual kepada Barcelona selepas kelab Itali itu menerima bidaan sekitar £25 juta (RM147.2 juta).

Ketika ini Ten Hag sudah pun berbelanja £100 juta (RM588.9 juta) pada musim panas kali ini sekaligus memaksa United menjual pemain sedia ada untuk mengumpul dana sekitar £80 juta (RM471.1 juta). – AGENSI

Amrabat setuju terma Manchester United


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading