Seorang lagi suspek ditahan berhubung kes MYAirline

Seorang lagi suspek ditahan berhubung kes MYAirline

Seorang lagi suspek ditahan berhubung kes MYAirline
Logo MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) di ibu pejabatnya di Subang Jaya, Selangor. – Foto NSTP/ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Seorang lagi suspek ditahan awal pagi tadi di rumahnya di Bangsar berhubung kes MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, suspek lelaki itu dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur untuk tahanan reman pada jam 10 pagi ini.

Sebelum ini, 15 individu memfailkan saman terhadap pengasas bersama MYAirline, ahli perniagaan, Datuk Allan Goh Hwan Hu, dan empat syarikat atas dakwaan gagal membuat bayaran balik berhubung pelaburan lebih RM8 juta.

Mereka yang menyaman berusia antara 58 hingga 74 tahun selaku plaintif pertama hingga ke-15 menamakan Hwan Hua, 57, yang juga Pengasas Bersama MYAirline, manakala I-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture Plt (BMV), Qa Smart Partnership Plt (QAS) dan Trillion Cove Holdings Berhad (TCH) dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima.

Setakat ini JSJK merampas 12 buah kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 items barang kemas.

Reman suspek utama tamat pada hari ini dan akan dibebaskan dengan jamin polis.

Siasatan masih diteruskan dengan tumpuan semakan dokumen penting dalam transaksi perniagaan i-Serve.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid, akan mendengar permohonan untuk membatalkan saman itu pada 22 November ini.

Seorang lagi suspek ditahan berhubung kes MYAirline


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker