WAGs didakwa punca Jerman gagal di Piala Dunia

Head Coach Hansi Flick.
WM 2022: Training der deutschen Nationalmannschaft in Katar, 25.11.2022
World Cup 2022: Training session of the German national team, Al Shamal, Qatar, November 25, 2022
Abdruck+jede Verwendung ausserhalb des DFB / Deutschen Fussball-Bund nicht gestattet.

DOHA: Jerman dimalukan buat kali kedua berturut-turut pada Piala Dunia apabila gagal melepasi peringkat kumpulan sekali lagi, namun kesalahan kini diletakkan di bahu isteri dan teman wanita (WAGs) pemain.

Akhbar kebangsaan Jerman, Bild percaya alasan pasukan itu gagal layak adalah disebabkan WAGs tidak puas bergembira di Qatar.

Ketika tuan rumah Piala Dunia, Qatar berdepan pelbagai kontroversi kerana beberapa sebab ia tidak semestinya menjadi tempat terbaik buat orang ramai apatah lagi wanita untuk menikmati perjalanan dan percutian mereka.

“Apa silapnya dengan WAGs kami?” Bild bertanyakan soalan itu ketika usaha mencari kesilapan susulan kegagalan Die Mannschaft bermula.



Ia mungkin kelihatan agak pelik untuk mengalihkan tumpuan, selain daripada taktikal Hansi Flick atau persembahan buruk Kai Havertz, namun akhbar itu mencari alternatif lain sebagai alasan.

Isteri dan teman wanita pasukan kebangsaan Jerman dituduh tidak puas berparti di Qatar dan mereka menyatakan WAGs Wales dan England lebih berjaya mencipta suasana keseronokan dan kegembiraan di negara Teluk itu.

Kedudukan Flick sebagai jurulatih belum dikaji secara rasmi, namun Thomas Mueller dipetik berkata persembahan mereka pada kejohanan itu ‘satu malapetaka mutlak’.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button