Lagi tembakan di Walmart, seorang cedera
Lagi tembakan di Walmart, seorang cedera
ATLANTA: Seorang mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di luar pasar raya Walmart dekat pinggir bandar Marietta di Atlanta pagi tadi.
Polis Daerah Cobb menerusi laman Twitter pada mulanya melaporkan beberapa kecederaan, tetapi Timbalan Ketua Daerah Cobb, Ben Cohen kemudian memaklumkan sekurang-kurangnya seorang ditembak dan dikejarkan ke hospital dengan kenderaan persendirian.
Namun keadaan mangsa masih belum diketahui.
Menurut Cohen, polis menerima laporan insiden tembakan antara dua kumpulan di kawasan luar Pusat Automotif Walmart.
“Ia adalah insiden tembakan antara dua kumpulan yang mengenali satu sama lain. Mereka bergaduh tetapi tidak ada bahaya kepada orang ramai.
“Beberapa orang ditahan di lokasi kejadian untuk disoal siasat. Semua pelanggan Walmart telah dipindahkan dan tiada tembakan dilepaskan di dalam pasar raya itu,” jelasnya.
Saksi, Gail Parks memberitahu saluran WSB, dia berlari menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan dari pelanggan lain mengenai tembakan tersebut.
“Lelaki ini mula berlari melintasi kedai sambil menjerit memberitahu ada penembak, menyebabkan orang ramai mula panik dan mencampak barang-barang mereka sebelum berlari keluar dari pasar raya,” katanya.
Jurucakap Walmart, Ashley Nolan berkata, syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan polis bagi menyiasat insiden tembakan terbaharu di pasar raya itu.
Tembakan tersebut berlaku dua minggu selepas enam kakitangan Walmart maut akibat ditembak seorang lelaki bersenjata yang juga pengurus di cawangan pasar raya berkenaan di Virginia.
Lagi tembakan di Walmart, seorang cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Annuar Musa Cuba Membunuh Karier Muhyiddin Dan Membawa UMNO Ke Dalam PN?
- Pemimpin PPBM Akui Muhyiddin Penghalang Utama Kerjasama Dengan BN
- Kerjasama UMNO Dan Pakatan Harapan Sangat Di Takuti Perikatan Nasional
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :