Adakah Annuar Musa Cuba Membunuh Karier Muhyiddin Dan Membawa UMNO Ke Dalam PN?

Adakah Annuar Musa Cuba Membunuh Karier Muhyiddin Dan Membawa UMNO Ke Dalam PN?

Pendedahan Annuar Musa mengenai pemberian duit berpuluh juta oleh Muhyiddin kepada beliau semasa PRN Sabah kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

Dalam video klip tersebut, Annuar dilihat kononnya cuba untuk mempertahankan Muhyiddin dari tuduhan PPBM mahu membunuh UMNO.

Menurut Annuar, ketika PRN Sabah, BN Sabah yang dipengerusikan oleh Bung Mokhtar ketiadaan dana untuk menampung perbelanjaan pilihanraya negeri.

Lalu beliau bergegas menemui Muhyiddin yang ketika itu adalah perdana menteri untuk meminta bantuan.

Kononnya tanpa banyak bicara, Muhyiddin telah keluarkan duit berpuluh juta dan diserahkan kepada beliau untuk membantu UMNO/BN Sabah.

Bagi penulis, jalan cerita yang disampaikan oleh Annuar Musa agak menarik.

Secara sekali lalu, boleh ditafsirkan bahawa Muhyiddin dan PPBM sebenarnya tidak pernah berniat jahat terhadap UMNO/BN.

Cuma UMNO/BN sahaja yang bersangka buruk atas segala ‘kebaikan’ Muhyiddin dan PPBM.

Dan sikap bersangka buruk itu berpunca dari kepimpinan utama UMNO/BN, DS Zahid dan DSU Mohamad Hasan.

Itu mesej yang hendak Annuar Musa sampaikan, tetapi adakah ianya sama dengan motif sebenar beliau?

Perancangan Halus Kluster Meroyan Dari UMNO

 

Adakah Annuar Musa Cuba Membunuh Karier Muhyiddin Dan Membawa UMNO Ke Dalam PN?

Annuar Musa bukanlah pemimpin yang mempunyai pengalaman setahun jagung di dalam dunia politik.

Beliau petah berkata-kata dan mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi minda pendengar.

Adalah sangat mustahil untuk seorang pemimpin yang berpengalaman seperti Annuar Musa tidak dapat membaca implikasi dari video yang beliau hasilkan.

Video itu disebarkan selepas Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Dalam artikata lain, mengapa Annuar Musa berani siarkan video tersebut walau pun sudah pasti Muhyiddin tidak akan menjadi perdana menteri untuk melindungi beliau?

Malah penulis yakin, Annuar Musa pasti tahu video tersebut akan menjadi satu bukti mengenai berlaku ketirisan perbelanjaan di era Perikatan Nasional.

Dan sebagaimana yang dikatakan, video tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa dan Annuar Musa serta Muhyiddin akan dipanggil untuk disiasat.

Bukankah ini akan memburukkan imej Muhyiddin sebagai pemimpin utama Perikatan Nasional?

Mungkin itu motif Annuar Musa yang sebenar supaya Muhyiddin akan dipaksa berundur dan digantikan oleh Hamzah Zainuddin.

Malah penulis difahamkan, sudah ada gerakan untuk mendesak supaya Muhyiddin berundur, malah ada yang mula menganggap beliau sebagai liabiliti PPBM.

PPBM beranggapan Hamzah lebih disenangi oleh pemimpin UMNO berbanding Muhyiddin.

Dan apabila Hamzah mengambil alih kepimpinan PPBM, maka sekali lagi usaha untuk memujuk UMNO supaya berlutut di kaki PPBM akan dilakukan.

Sudah pasti slogan demi penyatuan ummah akan sekali lagi dilaungkan oleh mereka.

Namun bagi penulis, sekiranya itu berlaku, sekali lagi masyarakat Melayu akan cuba diperbodohkan dengan slogan demi penyatuan ummah.

Ia hanyalah retorik untuk menyembunyikan niat sebenar mereka yang mahu kembali berkuasa!!!

 

Adakah Annuar Musa Cuba Membunuh Karier Muhyiddin Dan Membawa UMNO Ke Dalam PN?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker