Pembenihan awan di tujuh empangan akibat cuaca panas – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melakukan pembenihan awan di tujuh kawasan empangan mengalami pengurangan paras air berikutan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tujuh kawasan itu membabitkan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Simi Lajau di Sarawak.

Katanya, walaupun arahan segera untuk melaksanakan proses itu sudah dikeluarkan, ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk awan, angin dan cuaca.



“Beberapa keputusan dan pandangan, soal pembenihan awan dilakukan dengan segera, kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) di beberapa kawasan empangan air.

“Kita menumpukan kepada tujuh kawasan yang dijangka paras air menurun dan ini akan menyebabkan bekalan air terjejas dan petang ini saya akan terus ke Sungai Muda serta Sungai Kedah untuk melihat sendiri keadaan di sana dan mengambil tindakan segera iaitu dari segi pembenihan hujan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di sini, hari ini.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button