Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Annuar Musa 'sakit', ratib Umno, Zahid, Anwar
Tan Sri Annuar Musa

Bekas Ahli Parlimen Ketereh merangkap Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa disyaki sedang ‘sakit’ berikutan kerap beratib nama Umno, Zahid dan Anwar sepanjang kempen PRN.

Menonton ucapan Annuar Musa secara langsung, boleh dikatakan skrip beliau sama sahaja nadanya saban hari. Balik-balik cerita tandatangan sokongan kepada Anwar, cerita Zahid dan kisah Umno yang kononnya sudah rosak.



Annuar Musa 'sakit', ratib Umno, Zahid, Anwar
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Ahli PAS yang tidak diketahui dari cawangan mana itu akan berceloteh panjang mengenai bagaimana beliau menentang apa yang dilakukan Zahid.

Annuar Musa juga akan membangkitkan slogan “No Anwar, No DAP” yang dilaungkan Zahid semasa Persidangan Agung Umno.

Annuar Musa 'sakit', ratib Umno, Zahid, Anwar
Tan Sri Annuar Musa

Menjadi kemusykilan, mengapa Annuar Musa tidak menyebut mengenai slogan “No PPBM” yang turut diterima para perwakilan pada ketika itu?

Pada 2 Ogos 2023, Annuar Musa memberitahu, akan berlaku satu peristiwa besar yang bakal melanda Umno. Beliau menyatakan pada 4 Ogos 2023, ramai kalangan pemimpin Umno akan bertindak keluar parti beramai-ramai. 



“Kita akan buat pengumuman penting, termasuk pengisytiharan ramai pemimpin dan ahli parti serta mantan Ketua Setiausaha dan bekas EXCO yang akan keluar daripada UMNO.

“Ini bukan saja dalam kalangan pemimpin dan ahli dalam Parlimen Ketereh, malah beberapa kawasan yang lain,” – Annuar Musa – 2/8/2023

Annuar juga menyatakan bekas Ketua Setiausaha dan Exco Umno akan berbuat demikian pada tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam satu rakaman.



Mengapa Annuar Musa memilih menyerang Umno dan Zahid Hamidi sedangkan kempen pilihanraya sebenarnya merupakan medan untuk parti membentangkan ‘akujanji’ mereka kepada rakyat. 

Apa bentuk kemajuan serta pembangunan ekonomi yang boleh diberikan kepada rakyat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Kebajikan rakyat, naik taraf kehidupan rakyat serta pembangunan insan rakyat dalam Kelantan perlu difokuskan.

Mengapa Annuar Musa langsung tidak menyentuh hal tersebut? Masalah air yang telah ‘menghantui’ Kelantan sekian lama, apa saranan Annuar Musa kepada kepimpinan PAS Negeri Kelantan? 

Ini kempen Pilihanraya bukan kempen pemilihan parti!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button