JAS perlu radius siasatan cari punca pencemaran bau Sungai Tiram [VIDEO]

JAS perlu radius siasatan cari punca pencemaran bau Sungai Tiram

JAS perlu radius siasatan cari punca pencemaran bau Sungai Tiram
K Raven ketika meninjau kilang yang beroperasi secara haram di Ulu Tiram. – NSTP/ MARY VICTORIA DASS

ULU TIRAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memperluas kawasan siasatan sehingga melebihi radius satu kilometer bagi mengesan punca pencemaran bau yang berlaku di Sungai Tiram di sini, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar, berkata, keputusan dibuat selepas sampel daripada enam premis termasuk kilang yang beroperasi dalam lingkungan satu kilometer sebelum ini, semuanya disahkan tidak menyumbang kepada pencemaran yang berlaku.

Beliau berkata, siasatan dilakukan secara menyeluruh termasuk menguji tahap kualiti udara dan air sungai yang mana semuanya didapati normal dan bau busuk juga sudah tiada.



“JAS mendapati tiada premis sekitar kawasan perkampungan berhampiran menjalankan aktiviti tidak diingini.

“Namun JAS akan meneruskan siasatan dan mendapatkan sampel serta laporan dari premis atau lokasi di kawasan sejauh lebih satu kilometer termasuk kilang, sungai dan tapak pelupusan bagi mengenal pasti punca,” katanya ketika sidang media di Dewan Raya Sungai Tiram di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?




Dalam pada itu, K Raven memaklumkan siasatan dilakukan JAS kelmarin turut mengesan sebuah kilang minyak sawit enap cemar (SPO) di Sungai Redan yang beroperasi secara haram dipercayai sejak tiga tahun lalu, sebelum ia diarahkan tutup dengan segera oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

“Kita tidak akan berkompromi dengan kewujudan kilang haram dan sekiranya ada operasi mana-mana kilang yang mencemari alam sekitar, tindakan sesuai akan dilakukan,” katanya.

Selasa lalu, seramai 28 individu dari dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram dan Sekolah Agama Sungai Tiram dilapor mengalami gejala pening dan sakit tekak akibat pencemaran dipercayai dari sungai berhampiran.

Dalam pada itu, K Raven berkata sehingga kini tiada mana-mana mangsa dimasukkan ke hospital mahupun mengalami alahan teruk dan sekolah terkesan kembali beroperasi seperti biasa selepas dua hari ditutup.



JAS perlu radius siasatan cari punca pencemaran bau Sungai Tiram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading