Rangka dijumpai dalam rumah terbengkalai

Oleh – Syeikh Baran


Rangka dijumpai dalam rumah terbengkalai

Satu rangka manusia termasuk tengkorak ditemui dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini.



Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, rangka itu ditemui pada pukul 2 petang selepas dipandu seorang suspek.

Katanya, sebelum ini tiga suspek berkaitan kes kehilangan Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella telah ditahan sebelum salah seorang daripadanya menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia ini.

“Siasatan ke lokasi mendapati terdapat pakaian ditemui pada rangka terbabit.

“Bagaimanapun, pengesahan identiti mangsa hanya dapat dilakukan kira-kira dua minggu lagi,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi penemuan rangka manusia di Batu 7, Tongkang Pecah, hari ini.



“Keluarga Bella sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, namun kita belum dapat mengesahkan sama ada ia rangka  milik wanita terbabit,” katanya.

Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button