Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?

Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?

Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sudah pun melengkapkan jentera mereka.

Menteri dan Timbalan Menteri kabinet sudah mengangkat sumpah jawatan di hadapan SPB YDP Agong.



Namun masih lagi ada tentera dari kluster meroyan (kluster kecewa dari UMNO dan PN) yang secara konsisten cuba menyerang UMNO.

Serangan pertama mereka cuba meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada presiden UMNO, DS Zahid kerana memberikan sokongan kepada PH sudah gagal.

Kini kluster meroyan memulakan fasa kedua serangan mereka.

Mereka menabur fitnah kononnya pada pemilihan UMNO yang akan datang, jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan ditandingkan.



Motifnya sungguh mudah dibaca, supaya akar umbi merasa tertipu dengan kepimpinan DS Zahid dan Tok Mat Hassan.

Matlamat utama kluster meroyan adalah supaya akar umbi yang merasa tertipu akan memilih calon pilihan mereka sebagai pucuk pimpinan UMNO.

Sekiranya ini berlaku, maka UMNO akan dengan mudah di bawa melutut ke kaki PPBM/PN.

Tetapi kluster meroyan lupa, DS Zahid dan Tok Mat Hassan bukanlah pemimpin yang bacul.



Mereka adalah pemimpin yang akan mengotakan apa yang mereka katakan.

Pemipilhan parti tetap akan membuka semua jawatan penting untuk dipertandingkan termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO.

Apa yang kita mahu adalah pertandingan yang sihat.

Tidak ada sampul surat putih yang bertukar tangan, tidak ada fitnah yang menjijikkan disebarkan dan tidak ada hasutan jahat yang dibisikkan.



Isu beberapa kroni mereka yang telah tersingkir dan disingkirkan tidak boleh dikatakan sebagai strategi licik untuk mencantas saingan kepada presiden dan timbalan presiden.

Tangan mereka yang mencincang, mengapa ke atas bahu orang lain hendak diletakkan beban.

Mereka yang menjadi pengkhianat dan membuat onar, mengapa presiden dan timbalan presiden mahu dipersalahkan?

 



Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button