Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

Dalam mesyuarat MKT UMNO yang lepas, keputusan untuk memecat keahlian Ketua Bahagian UMNO Ketereh telah diambil.

Keputusan itu diambil selepas terbukti Annuar Musa banyak mengeluarkan kenyataan yang menyokong parti lawan dan memburukkan UMNO.

Keputusan itu bukanlah keputusan peribadi yang diambil oleh presiden atau timbalan presiden UMNO.

Tetapi ia adalah keputusan yang diambil secara konsensus oleh MKT UMNO.

Sebelum itu pada Januari 2021, Annuar Musa telah dilucutkan dari jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional atas alasan yang sama.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/annuar-musa-dipecat-sertamerta-sebagai-setiausaha-agung-bn-276162

Tetapi menurut Annuar Musa, tindakan melucutkan jawatan beliau sebagai Setiausaha Agung BN dan memecat keahlian UMNO diambil kerana kepimpinan tidak boleh menerima kritikan.

Dakwa Annuar Musa lagi, kritikan beliau adalah ikhlas dan ianya bertujuan untuk menyelamatkan UMNO dari terus ditolak oleh masyarakat Melayu.

Apakah benar dakwaan Annuar Musa bahawa beliau ikhlas memberikan kritikan demi untuk kebaikan parti?

Annuar Musa Sanggup Melakukan Apa Sahaja Untuk Kepentingan Peribadi

 

Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

Annuar Musa adalah seorang pemimpin UMNO yang bercita-cita besar.

Dan beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan cita-cita politik beliau.

Siapa sahaja yang beliau rasakan menjadi penghalang, akan beliau tentang, dan menggunakan pelbagai cara untuk membalas dendam, walau pun dari kalangan istana.

Satu kejadian yang tidak mungkin boleh kita lupakan ialah bagaimana Annuar Musa menderhaka kepada Al Marhum Tengku Ismail Petra, Sultan Kelantan yang sah.

Akibat kekalahan UMNO/BN di Kelantan dalam PRU 1990, Annuar Musa menuduh Tengku Ismail sebagai punca kepada kekalahan tersebut.

Lalu dengan biadabnya, beliau tidak mengiktiraf takhta Tengku Ismail dengan ‘menabalkan’ sepupu baginda, Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baharu.

Baca di sini:

1) https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0YMjuEFvcF6mz6PjYw3xQ3veXgKjeAgAhtndH6KvU9zzAQG5V4kyr7zvN1pwd93iFl&id=826558591063535

2) https://www.mail-archive.com/[email protected]/msg01010.html

Annuar Musa Gagalkan Usaha Untuk Daftarkan Muafakat Nasional

 

Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

Pada Disember 2020, Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, mendedahkan, Muafakat Nasional tidak dapat didaftarkan.

Ini adalah kerana sudah ada pihak yang telah terlebih dahulu menggunakan nama Muafakat Nasional di RoS.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/116915/berita/politik/muafakat-nasional-tidak-dapat-didaftar-nama-sudah-digunakan

Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

Kini terbongkar, orang yang sengaja menggunakan nama mendaftarkan Muafakat Nasional di RoS ialah Annuar Musa.

Annuar Musa mendaftarkan Muafakat Nasional di RoS pada 19 September 2019, hanya 5 hari selepas UMNO dan PAS menandatangani piagam MN di PWTC.

Piagam MN ditandatangani oleh presiden UMNO, DS Zahid dan presiden PAS, Hadi Awang pada 14 September 2019.

Baca di sini:

https://en.wikipedia.org/wiki/Muafakat_Nasional

Apa tujuan Annuar Musa mendaftarkan Muafakat Nasional dengan menamakan diri beliau sebagai presiden Muafakat Nasional?

Sudah pasti beliau tahu, UMNO dan PAS akan mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi di RoS selepas piagam MN ditandatangani.

Akibat tindakan Annuar Musa, maka MN tidak dapat didaftarkan secara rasmi dan sah di RoS.

Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

Dan selepas digugurkan dari calon BN dalam PRU 15, Annuar Musa sendiri dedahkan bahawa Muafakat Nasional adalah milik beliau.

Baca di sini:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/11/02/i039m-muafakat-nasional-president-reveals-annuar

Ada maklumat yang sampai kepada penulis bahawa tujuan sebenar Annuar Musa mendaftarkan Muafakat Nasional adalah untuk menjenamakan semula Perikatan Nasional.

Sekiranya PN ditolak rakyat kerana dikatakan sebagai pembunuh sebenar MN, maka Annuar Musa akan menggunakan pendaftaran MN untuk menjenamakan semula PN.

Sekiranya itu berlaku, maka Annuar Musa akan menuntut jawatan presiden Muafakat Nasional sebagaimana yang ada dalam sijil pendaftaran MN.

Maka dengan sendirinya beliau akan menguasai parti PPBM, PAS dan mungkin juga UMNO.

Penulis tidak hairan sekiranya apa yang didakwa itu betul kerana Annuar Musa memang dikenali sebagai pemimpin yang penuh dengan muslihat peribadi.

Tetapi beliau sering lupa, muslihat beliau seringkali memakan diri sendiri kerana perjuangan beliau tidak pernah ada keikhlasan!!!

 

Annuar Musa Pemimpin Yang Penuh Dengan Noda Dan Tipu Daya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker