Jokowi beri makanan percuma sempena pernikahan Kaesang
Jokowi beri makanan percuma sempena pernikahan Kaesang
JAKARTA: Lebih 2,000 pinggan hidangan udang goreng tepung percuma menjadi tarikan istimewa yang disediakan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada majlis perkahwinan anak bongsunya, Kaesang Pangarep yang berlangsung meriah semalam.
Selain menyaksikan perarakan perkahwinan Kaesang bersama pasangannya, Erina Gudono, masyarakat Indonesia turut berpusu-pusu menikmati pelbagai juadah percuma yang telah disediakan.
Deretan gerai makan percuma itu disediakan di beberapa kawasan sepanjang Jalan Slamet Riyadi menghala ke Pura Mangkunegaran, Solo dan Jokowi turut mengedarkan cenderamata istimewa berupa dompet kepada pengunjung dari atas kereta kudanya.
Keghairahan orang ramai begitu ketara sehingga ada yang sanggup beratur panjang sejak awal pagi dan ribu hidangan makanan habis diedar dalam masa yang singkat.
Pengurus acara, Yosepha mendedahkan pihaknya turut berdepan kesulitan apabila pengunjung yang membanjiri lokasi berkenaan mula tolak menolak hingga berlaku sedikit kekecohan.
“Tidak sampai dua jam, semua hidangan termasuk 2,000 pinggan udang goreng tepung dan 2,000 gelas minuman habis diedarkan kepada pengunjung yang datang,” jelasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan
- Muhyiddin pasti dipinggirkan apabila didakwa nanti.
- UMNO buang Kitol2 nya.
Dalam pada itu penjaga gerai percuma, Novan Satrianto berkata, dia merasa amat gembira dan bangga kerana dapat menyumbang tenaga memeriahkan acara pesta rakyat sempena menyambut menantu baharu Jokowi itu.
“Alhamdulillah, saya gembira menjadi sebahagian daripada kakitangan acara istimewa menyambut menantu Presiden. Minat orang ramai dan majlisnya juga luar biasa. Saya cukup bangga dan gembira,” ujar Novan.
Dalam pada itu, Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq turut hadir pada majlis resepsi pasangan tersebut yang diadakan di Dewan Besar Khalayak, Istana Mangkunegaran Pura di Jalan Ronggowarsito di Solo malam kelmarin.-AGENSI
Jokowi beri makanan percuma sempena pernikahan Kaesang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- NGO Muafakat Nasional Tidak Membawa Perjuangan Sebenar Muafakat Nasional Asal
- Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar
- Parti Bunga layu dan longlai tanpa kuasa , bakal pupus
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?