Bekas imam jatuh ketika menjala, ditemui lemas
Bekas imam jatuh ketika menjala, ditemui lemas
SETIU: Bekas imam Masjid Kampung Beris Tok Ku, di sini, Zakaria Mat Nong, 72, yang terjatuh ketika menjala ikan di kawasan kolam udang di Kampung Fikri, petang semalam, ditemui lemas pagi tadi.
Mayat warga emas itu ditemui pada jam 11.20 pagi dengan jarak kira-kira 1.7 kilometer dari tempat dia dilaporkan jatuh.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Husin, berkata mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.
“Penemuan mayat Zakaria sekali gus membolehkan operasi SAR ditutup sepenuhnya pada jam 12.45 tengah hari,” katanya.
Beliau berkata, jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beris Tok Ku, di sini selepas solat Asar, petang ini.
“Kami reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur mayat abang ditemui dalam keadaan baik,” katanya.
APM selamatkan dua pemancing hampir lemas
Bekas imam jatuh ketika menjala, ditemui lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kini DUN Melaka Hanya Mempunyai 2 Wakil Pembangkang
- Barah Sebenar Dalam UMNO
- Kredibiliti kerajaan perpaduan rosak jika tidak dakwa Zeti dan Nazlan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :