Saya Memang Nak Anak Ramai – Emma Maembong

Selepas Pantang Dah Cuba

Saya Memang Nak Anak Ramai – Emma Maembong

Saya Memang Nak Anak Ramai – Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong mengakui sedang cuba untuk mendapatkan zuriat kedua bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.

Masih mencuba

Ketika ditemui OhBulan!, Emma, 30, menyatakan dia akan berkongsi berita gembira itu jika benar-benar terjadi. Katanya, soal zuriat adalah satu perkara yang sensitif.

Saya tak nak cakap apa-apa… sebab saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit.



Sama juga kalau saya kata tak ada, kemudian tiba-tiba ada (hamil), saya happy dan tak semua orang akan gembira tengok kita happy.

Hal zuriat ni merupakan satu hal yang sensitif. Saya memang mengharap sangat.

Emma berkata demikian ketika majlis sidang media The Masked Singer Malaysia (TMSMY3) yang berlangsung di Vivatel Kuala Lumpur, pada Selasa.

Selain Emma, barisan juri TMSYM3 yang turut hadir adalah Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Shuib Sepahtu dan Atu Zero manakala Zul Ariffin pula sedang berada di Tanah Suci Mekah.



Suka keluarga besar

Saya Memang Nak Anak Ramai – Emma Maembong

Tambah pemilik nama Fatimah Rohani Ismail, dia sudah cuba untuk mendapatkan adik kepada Shariq Gabriel sebaik sahaja selesai berpantang.

Dari dulu… dari zaman bujang sampailah ada suami, memang saya nak anak ramai. Setengah orang nak satu, dua tapi tidak bagi kami. Lepas pantang je saya dah cuba dah, let’s go team bola!

Tapi Allah Maha Besar… anak pun dah berusia dua tahun. Selagi belum ada, saya tak nak cakap apa-apa.



Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta mengakui sememangnya mahu memiliki cahaya mata yang ramai, lebih-lebih lagi dia dilahirkan dalam keluarga besar.

Bila saya duduk di rumah dengan suami dan anak sahaja, rasa sunyi. Saya sendiri membesar dalam satu keluarga yang besar, ada 11 adik beradik. Saya juga suka menjaga anak saudara.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang dan dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020.

Sumber: Instagram @emma_maembongofficial



Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

Saya Memang Nak Anak Ramai – Emma Maembong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button