Pesakit maut terjatuh dari tingkat 7 hospital
Pesakit maut terjatuh dari tingkat 7 hospital
TEMERLOH: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang sedang dirawat di sebuah hospital, di sini, ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusof, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu tidak mempunyai unsur jenayah.
“Berdasarkan laporan doktor, pesakit itu dirawat kerana mengalami demam panas dan jangkitan kuman pada otak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis sudah membuka kertas siasatan dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital untuk saringan COVID-19 serta bedah siasat.
Mohd Azhar meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu, selain boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada polis bagi membantu siasatan.
Pesakit maut terjatuh dari tingkat 7 hospital
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :